Program Educational Objectives (PEO) & Program Learning Outcomes (PLO)
MQA Qualification (Master)
MQA Qualification (Ph.D)
Objektif Pendidikan Program (OPP) - Sarjana Sains
OPP1: Penyelidik yang berkebolehan mengintegrasi pengetahuan lanjutan, menggunakan kemahiran teknikal dan numerasi untuk menjalankan penyelidikan yang berkualiti dan inovatif dalam bidang Informatik Visual Gunaan.
|
Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Sarjana Sains
HPP1: Mengintegrasikan pengetahuan lanjutan dan pemahaman secara kritikal teori, konsep dan isu semasa dalam penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. HPP2: Mencadangkan penyelesaian secara inovatif hasil penyelidikan yang dijalankan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan HPP3: Menggunakan kemahiran praktikal untuk menyelesaikan masalah dalam bidang yang berkaitan Informatik Visual Gunaan. HPP4: Menunjukkan kemahiran berkolaborasi secara berkesan dengan ahli kumpulan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam konteks profesional dan penyelidikan. HPP5: Mempamerkan kemahiran komunikasi secara jelas dan berkesan dalam menulis, membentang dan mempertahankan kajian. HPP6: Mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran digital untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang Informatik Visual Gunaan. HPP7: Menganalisis secara kritis dapatan penyelidikan yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan dengan menggunakan kemahiran analitik dan numerasi. HPP8: Menunjukkan kemahiran mengurus, memimpin, kebertanggungjawaban dan autonomi dalam menjalankan penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. HPP9: Menunjukkan keupayaan untuk memperluas dan memperdalamkan pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat dan penyelidikan secara kendiri dalam bidang Informatik Visual Gunaan. HPP10: Mempamer minda keusahawanan dalam pengurusan projek berasaskan hasil penyelidikan dalam bidang Informatik Visual Gunaan.
|
Objektif Pendidikan Program (OPP) - Doktor Falsafah
OPP1: Pakar penyelidik yang kompeten dalam mengintegrasi pengetahuan baharu dan kemahiran khusus bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual Gunaan. OPP2: Pakar penyelidik yang menguasai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang berkesan dan kritis dalam berinteraksi dengan komuniti profesional dan masyarakat. OPP3: Pakar penyelidik yang menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat serta mempunyai minda keusahawanan dan inovasi yang tinggi.
|
Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Doktor Falsafah
HPP1: Mempamer pengetahuan kritikal dan mendalam tentang ilmu terkini dengan menghasilkan sumbangan yang signifikan dan asli dalam bidang Informatik Visual Gunaan. HPP2: Membangunkan penyelidikan yang berimpak tinggi dalam menangani isu penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan secara mendalam serta kritikal. HPP3: Menggunakan kemahiran praktikal dalam penghasilan inovasi penyelesaian masalah berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. HPP4: Mempamer kemahiran berinteraksi secara berkesan dengan rakan sepasukan, komuniti ilmiah dan masyarakat melalui wacana intelektual dalam bidang Informatik Visual Gunaan. HPP5: Mempamerkan kemahiran komunikasi secara jelas, berkesan dan kritis dalam menulis, membentang dan mempertahankan kajian. HPP6: Mengenalpasti alat digital yang sesuai untuk memperoleh, mentafsir dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang Informatik Visual Gunaan. HPP7: Menganalisis secara kritis dapatan kajian yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan dengan menggunakan kemahiran analitik dan numerasi. HPP8: Menunjukkan kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang tinggi dengan tanggungjawab dan autonomi dalam menjalankan penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. HPP9: Memperlihatkan sikap positif, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan penyelidikan serta memperluas pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat. HPP10: Mempamer keupayaan memiliki pemikiran keusahawanan yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. HPP11: Melaksanakan penyelidikan secara profesional dengan integriti dan etika yang tinggi serta mematuhi kod amalan perundangan dalam menyelesaikan masalah berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. |
Objektif Pendidikan Program (OPP) - Sarjana Sains (Informatik Visual)
OPP1: Siswazah yang berkualiti tinggi yang berupaya merungkai proses Sains komputer dan Teknologi Maklumat khususnya bidang informatik visual dengan sebaik mungkin dalam pasukan penyelidikan pelbagai bidang dan rentas bidang. OPP2: Siswazah yang berkemahiran tinggi dalam bidang multi-disiplin yang berupaya mengendalikan penyelidikan secara gabungan pendekatan teori, komputeran dan eksperimen bagi menyelesaikan persoalan informatik visual yang kompleks. OPP3: Siswazah yang mampu mengintegrasikan ilmunya ke dalam bidang yang lebih luas, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam penyelidikan multidisiplin dan rentas disiplin. |
Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Sarjana Sains (Informatik Visual)
HPP1: Dapat menguasai sepenuhnya bidang khusus yang diterokai dan seterusnya melebarkan sempadan ilmu dalam bidang tersebut. HPP2: Berupaya mengkonsepsi, mereka bentuk, mengubahsuai dan melaksana sebarang penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan bagi menjana ilmu baharu yang bermakna. HPP3: Menunjuk kemahiran menganalisis, mengsistesis, menilai secara kritis serta mengaplikasi secara profesional perancangan dan pelaksanaan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual. HPP4: Berkomunikasi secara lisan dan menulis dengan berkesan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan. HPP5: Menyumbang ilmu baharu atau asli yang signifikan melalui pembuktian yang komprehensif dalam domain berkaitan. HPP6: Menunjukkan amalan kerja berpasukan dan kepimpinan secara berkesan dengan rakan penyelidik dan masyarakat umum. |
Objektif Pendidikan Program (OPP) - Doktor Falsafah (Informatik Visual)
OPP1: Siswazah yang berkualiti tinggi yang berupaya merungkai proses Sains komputer dan Teknologi Maklumat khususnya bidang informatik visual dengan sebaik mungkin dalam pasukan penyelidikan pelbagai bidang dan rentas bidang. OPP2: Siswazah yang berkemahiran tinggi dalam bidang multi-disiplin yang berupaya mengendalikan penyelidikan secara gabungan pendekatan teori, komputeran dan eksperimen bagi menyelesaikan persoalan informatik visual yang kompleks. OPP3: Siswazah yang mampu mengintegrasikan ilmunya ke dalam bidang yang lebih luas, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam penyelidikan multidisiplin dan rentas disiplin. |
Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Doktor Falsafah (Informatik Visual)
HPP1: Menguasai sepenuhnya bidang khusus yang diterokai dan seterusnya melebarkan sempadan ilmu dalam bidang tersebut. HPP2: Mengkonsepsi, mereka bentuk, mengubahsuai dan melaksana sebarang penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan bagi menjana ilmu baharu yang bermakna. HPP3: Menyumbang ilmu baharu atau asli yang signifikan melalui pembuktian yang komprehensif dalam domain berkaitan. HPP4: Berkomunikasi dengan berkesan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan serta mengamalkan kerja berpasukan dan kepimpinan secara berkesan dengan rakan penyelidik dan masyarakat umum. HPP5: Menganalisis dan menilai secara kritis serta mengaplikasi secara profesional perancangan dan pelaksanaan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual. HPP6: Mengurus projek dengan berkesan melalui penetapan dan pencapaian objektif penyelidikan dalam bidang Informatik Visual. HPP7: Mengenalpasti dan melakukan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual yang boleh |