Jawatankuasa Penyelidikan
Objektif
AJK Penyelidikan IVI dibentuk untuk membantu dan memberi sokongan kepada semua felo berkaitan geran penyelidikan, perundingan, kolaborasi penyelidikan (dengan organisasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa), perlindungan harta intelek dan pengkomersialan. Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa akan dilaporkan dalam mesyuarat IVI.
Struktur
Jawatankuasa ini yang diketuai oleh Timbalan Pengarah IVI terdiri daripada wakil berikut:
- Profesor
- Empat (4) bidang teras penyelidikan di IVI iaitu Penglihatan Komputer dan Pemprosesan Imej; Cerdasan Analitik Data Visual; HCI dan Kejuteraan Usabiliti; Simulasi dan Visualisasi
- Ahli jawatankuasa MYRA IVI
Perlantikan ahli jawatankuasa ini perlu mendapat kelulusan Pengurusan Tertinggi IVI.