Analisis Kluster Perkaitan Prestasi Akademik dan Sikap Gaya Hidup di Kanak-kanak di Sekolah di kalangan Komuniti B40
Puteri Nor Ellyza Binti Nohuddin.
Geran Universiti Penyelidikan (GUP)
Malaysia merupakan sebuah negara yang menekankan kepentingan pendidikan dan pendidikan diberi secara percuma kepada semua rakyatnya kerana ini adalah salah satu initiatif RMK 11 terutamanya kepada komuniti B40 untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang. Seseorang pelajar perlu berjaya di dalam pendidikan mahupun di peringkat sekolah ataupun kolej. Oleh itu, pemantauan akademik adalah usaha penting yang mesti di buat oleh pihak sekolah dan ibubapa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sebuah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS membenarkan proses analisis peperiksaan sekolah dijalankan. Sehingga kini tidak ada sistem atau teknik yang dapat membantu KPM untuk memantau kemajuan pelajar-pelajar dari komuniti B40 secara holistic dengan perlombongan data bagi menganalisa corak dan trend perhubungan kemajuan akademik pelajar sekolah dan gaya hidup mereka. Melalui trend dan corak, pihak atasan dapat mengkaji kemajuan dan prestasi akademik serta hubungkait gaya hidup pelajar-pelajar di sebuah sekolah atau sekolah-sekolah berdekatan. Ia juga dapat membantu untuk mengenalpasti punca-punca kemajuan atau kemerosotan prestasi pelajar-pelajar komuniti B40. Oleh itu, Teknik Analisis Kluster adalah penting untuk membantu para pembuat keputusan untuk melihat dan menganalisis perubahan trend dan corak kemajuan akademik dalam data dan berkaitan gaya hidup pelajar-pelajar komuniti B40 dengan lebih berkesan dan teliti. Objektif kajian ini adalah untuk reka bentuk dan membangunkan algoritma teknik analisa kluster untuk mempamerkan perkaitan pencapaian akademik dan gaya hidup di kalangan pelajar sekolah dari golongan keluarga B40. Teknik akan dibangunkan didalam bebrapa fasa iaitu (i) pengumpulan data (ii) pemprosesan data (iii) Transformasi data (iv) reka bentuk dan pembanguan algoritma analisis kluster dan (v) penilaian ke atas algoritma. Teknik akan memberi faedah dan impak kepada pelajar, guru dan KPM. Kajian ini akan melihat adakah program-program pendidikan yang dirancang khusus bagi kanak-kanak golongan B40 ini dapat meningkatkan pencapaian akademik meraka seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.