Institute of Visual Informatics

Institute of Visual Informatics (IVI)

Leading Digital Technology Across Industrial Revolution

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Berdasarkan Cadangan Model Ramalan Untuk Mengenalpasti Kemahiran Wanita Di Era Revolusi Perindustrian Ke-empat

Ely Salwana Binti Mat Surin

Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM)

 

 

Kita sedang memasuki era yang dirujuk secara meluas sebagai Revolusi Perindustrian Ke-empat (industri 4.0), era di mana perkembangan bahan-bahan baru, pertumbuhan dalam bidang kejuruteraan genetik dan transformasi digital semakin kabur di antara dunia fizikal, biologi dan digital. Revolusi ini juga digambarkan sebagai era perindustrian termaju sejak revolusi perindustrian terawal pada abad ke-18. Dengan pelbagai permasalan kepada industri, mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang relevan dengan peluang pekerjaan yang ada di masa hadapan akan menghadapi berisiko. Berita buruknya adalah; wanita berkemungkinan besar akan terkesan secara negatif pada era industri 4.0. Berdasarkan kajian literasi, gangguan terhadap pasaran buruh yang dihasilkan oleh Revolusi Perindustrian Keempat (industri 4.0) serta perubahan demografi dan sosio-ekonomi mungkin memberi kesan negatif terhadap wanita berbanding lelaki. Salah satu penyebab utama adalah kerana wanita agak kurang menyerlah dalam bidang pekerjaan yang dijangkakan akan mempunyai pertumbuhan paling besar dalam lima tahun ke hadapan iaitu bidang yang berkait dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Di Malaysia, bermula dengan Rancangan Malaysia ke-enam, kebimbangan khusus diberikan kepada wanita dari segi pembangunan dengan menggariskan strategi penting untuk meningkatkan status hidup mereka. Hal ini dinyatakan dengan jelas iaitu; wanita memainkan peranan penting dalam membangunkan negara. Walau bagaimanapun, penglibatan wanita dalam pembangunan negara masih rendah disebabkan kurangnya kefahaman berkenaan kemahiran-kemahiran penting yang diperlukan oleh wanita untuk menyumbang kepada industri. Dalam hal ini, sukar untuk mengenal pasti potensi sebenar wanita secara individu. Oleh itu, satu model ramalan berasaskan teknik perlombongan data untuk tujuan memperkasakan kemahiran wanita ke arah revolusi perindustrian keempat perlu dibangunkan. Untuk memudahkan kefahaman wanita berkenaan skill yang diperlukan, satu aplikasi mudah alih akan dibangunkan berdasarkan model ramalan yang dicadangkan. Ianya adalah bertujuan untuk membantu wanita mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan pada era industri 4.0.