Pembangunan dan Pengembangan Sistem ”Smartbin” Berintegrasi Untuk Kerajaan ”SMARTBIN @ 1T
Headed by Prof Madya Dr. Mohammad Nazir Bin Ahmad @ Sharif.
Majlis Perbandaran Kemaman
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bertanggungjawab dalam pengurusan bandar Kemaman yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan alam sekitar. Setiap tahun, MPK memperuntukkan tidak kurang RM25 juta dalam pengurusan pungutan sampah, namun, masih terdapat ketirisan dan ketidakcekapan dalam pengurusan pungutan sampah ini yang memerlukan pemantauan secara pintar bagi membolehkan kos dapat dijimatkan dan ketirisan dapat dihapuskan.
Justeru, MPK telah bersetuju mewujudkan kerjasama dengan UKM secara geran penyelidikan kontrak bagi membangunkan, mengembangkan dan senantiasa memperkemaskan sistem “SmartBin Waste Management System @ MPK” (SmartBin @ MPK) yang membolehkan proses pemantauan pungutan sampah dapat dilaksanakan secara cepat, betul, kos minima dan berintegriti.
Disebabkan kemajuan dan impak positif dari segi kos dan operasi di Kemaman, MPK telah berhasrat untuk mengembangkan inovasi ini kepada peringat negeri Terengganu di mana semua perbandaran tempatan perlu menggunakan inovasi “SmartBin”. Pengembangan kepada seluruh negeri Terengganu ini dirujuk sebagai “SmartBin @ 1T” berintegrasi dalam kertas kerja ini.