Institute of Visual Informatics

Institute of Visual Informatics (IVI)

Leading Digital Technology Across Industrial Revolution

Program Pascasiswazah

Institut Informatik Visual (IVI) telah ditubuhkan dengan objektif untuk mengintegrasikan bidang multidisiplin yang merangkumi bidang seperti realiti maya, pengkomputeran haptik, pengkomputeran grafik, penglihatan komputer, visualisasi dan simulasi, visualisasi matematik, dan pemprosesan imej yang sebenar. Selaras dengan objektif di atas, IVI telah merangka empat fokus bidang penyelidikan iaitu: teknologi maya, visualisasi dan simulasi, pemprosesan imej sebenar dan pengkomputeran sosial. IVI menawarkan program sarjana secara penyelidikan dan program doktor falsafah dalam bidang Informatik Visual.

PROGRAM
Program pascasiswazah yang ditawarkan di Institut Informatik Visual adalah seperti berikut:
  • Doktor Falsafah
  • Sarjana Sains
Pengkhususan:
Doktor Falsafah/Sarjana Mod Status Pendaftaran Pakar Bidang Sertai Sekarang
Simulasi dan Visualisasi Penyelidikan Sahaja Sepenuh Masa & Separuh Masa Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman Apply Now
HCI dan Kejuruteraan Usabiliti Penyelidikan Sahaja Sepenuh Masa & Separuh Masa Associate Prof. Dr. Nazlena Mohamad Ali Apply Now
Penglihatan Komputer dan Pemprosesan Imej Penyelidikan Sahaja Sepenuh Masa & Separuh Masa Dr Ang Mei Choo Apply Now
Analitik Pintar Data Visual Penyelidikan Sahaja Sepenuh Masa & Separuh Masa Associate Prof. Dr Rabiah Abdul Kadir Apply Now
SYARAT KEMASUKAN
 1. Program Sarjana harus memiliki kelayakan berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat/Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diluluskan oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif yang baik sekurang-kurangnya 2.75; atau
  • Kelayakan atau pengalaman lain yang diluluskan oleh Senat.

2. Program Doktor Falsafah harus memiliki kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat/Sains Komputer dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti lain yang diluluskan oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif yang baik sekurang-kurangnya 3.0; atau 
  • Kelayakan atau pengalaman lain yang disokong oleh Jawatankuasa Pascasiswazah dan/atau diluluskan oleh Senat; atau
  • Sedang mendaftar dalam Sarjana Sains (Visual Informatik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan disokong oleh Jawatankuasa Pascasiswazah Institut untuk menukar kepada program Doktor Falsafah, yang diluluskan oleh Senat.

KEPERLUAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS

1. Pelajar antarabangsa dikehendaki memenuhi keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut (tertakluk kepada perubahan dari Pusat Siswazah):

(a) Skor tidak kurang dari 550 dalam TOEFL atau tidak kurang dari 5.5 dalam IELTS untuk program tertentu.

(b) Calon dikehendaki mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan jika calon tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengambil dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh maksima dua sebelum dibenarkan mendaftar masuk ke dalam program. Calon akan didaftarkan sebagai “Pelajar Tanpa Sijil”.

2. Pelajar antarabangsa yang mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diluluskan oleh Senat akan dikecualikan dari keperluan 1(a) tetapi dikehendaki mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya mereka tidak memperoleh tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengambil dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI).

3. Fakulti/Institut boleh memberikan pengecualian keperluan Bahasa Inggeris untuk pelajar tempatan dan antarabangsa dari negara-negara dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi atau mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Postgraduate Guidelines (2019 Edition)

Research Areas in Postgraduate Studies

Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah)

Untuk mendapatkan surat tawaran, sila memohon dan menggunakan pautan berikut: UKM Graduate Admission Application System (GUEST)